oooh... setelah saya baca link yg diberikan, nescaya pemahaman saya masih kurang dan apa sebenarnya tindakan BNM terhadap pengguna wang siber/elektronik ini. Boleh tolong jelaskan tuan? tk
Lepas singapore-philipine announce cypto boleh - ICO ban, bnm pulak kena bagi keputusan untuk yang dimalaysia ni tuan.
Nampaknya neutral. Crypto tak kena ban, tak juga beri laluan sebagai alternate currency di sini. pandangan saya, approach ini datang sejajar dengan keputusan negara seperti india, turkey baru baru ni lepas BTC ditrade di CBOE dan akan datang Nasdaq.
Saranan bnm kepada umum,
a. jangan salah guna blockchain technology ni macam langgar AML/CFT (money laundering/terrorist financing)
b. bnm announce draft policy untuk regulate cryptoexchange sebagai institusi kewangan di malaysia. kena bagi report ke badan berkaitan
c. berhati hati dengan crypto investment. takde peruntukan undang undang yang melindungi pelaburan rakyat sekarang ni
ini point2 yang ada kena mengena dengan saya. ada banyak lagi dalam draf AML/FCT. Tak khatam baca lagi tuan.
Nasib baik BNM X ban trus crypto currency, kitorg masih blh menjalani aktiviti2 trading (wlaupon kena melaporkn report ke badan berkaitan) Klu kat Indonesia, mmg dah ban trus (rase kesian pulak bg jiran kita ni)
ooohhh.. ini yang awal December announcement dari Bank Indonesia (BI) ban crypto tu ye. Trading BTC boleh, tapi jadikan crypto sebagai mawatang - kena kena sumbat dalam jel.
setahu saya yang dapat dari rakan2 seberang, restriction ni datang dari pertumbuhan pesat project POS/ATM dan tambah dengan keinginan syarikat besar FinTech untuk jadikan cyptocurrency sebagai kumpulan matawang kedua selain dari rupiah. Dari segi drive untuk crypto economy sangat bagus.
Tapi masalah ni timbul bila terlalu cepat sampai ke akar umbi benda baru ni. dah sampai beli bakso boleh guna crypto dan ada pulak
penjual taknak accept rupiah. Marah jugak kawan2 kita di Indonesia bila ada yang tak berotak tu memaksa BI bertindak.
Impact teruk akan datang kepada project macam Pundi X bila dah ada 45,000 unit(?) di Indonesia. Harap2 tuan boleh buat saranan macam :
1. bagi education untuk pengguna berkenaan priority accept legal tender currency & crypto sebagai alternative. kena keluar modal sikit la sebab Ind tu market besar kot. Boleh je nak launch ICO episod ke-2 kalau nak public support. Pada saya tak jadi hal pun.
2. setup legal team cepat2 sebelum project terbantut + negara lain follow (project tengah draft macam saya ni mati oooo)
3. worst case scenario tukar mentality pengguna sana kepada token sebagai
collectibles yang tukar sama suka buat masa ni. bukan currency.
Yalah tu bro. Ramai kawan2 Indonesia kecoh dgn hal ni (hrp2 kejadian ni X kan berlaku di Malaysia)
Oh, bagus juga cadangan2 bro ni. Pojek Pundi X tu mmg kena ade strategi baru ni, kalo mereka benar2 nk berkembang pesat ke serata dunia...