Kami di Blok sedang mendemokrasikan ekonomi gig dengan memberdayakan generasi akan datang menerusi tenaga kerja atas permintaan (on-demand) dengan menggunakan blockchain Ethereum. Blok menghubungkan pekerja atas permintaan dengan peluang yang telah disahkan menerusi platform sumber terbuka kami. Dengan menggunakan kontrak pintar kita dapat menghapuskan pergeseran semasa dalam ekonomi gig.
Bekerja dari pukul sembilan pagi hingga lima petang untuk hanya satu majikan akan menjadi minoriti pada tahun 2020. Strategi untuk berjuta-juta orang ini adalah dengan menyusun pelbagai aliran pendapatan dan dengan menjadi bos sendiri dan bukannya dalam pekerjaan tradisional. Mengelakkan daripada tertakluk kepada pekerjaan di dalam kubikel pejabat ini akan dapat dijangkau oleh jutaan pekerja, Blok akan membantu mereka dalam mencapai kebebasan ini.
Blok memanfaatkan teknologi blockchain dengan menghubungkan majikan dan pekerja atas permintaan di seluruh dunia. Direktori Blok menggunakan kontrak pintar untuk menghapuskan geseran dari segi masa, kos, kualiti, dan ketelusan dalam pemadanan pekerja dan firma atau syarikat.
Firma menjana gig yang disahkan dalam direktori Blok. Blokpreneur (usahawan blok iaitu pekerja atas permintaan) kemudiannya boleh mencari di dalam direktori dan memohon peluang gig tersebut. Hubungan ini memberikan penyelesaian yang lebih baik dan cepat dalam memenuhi keperluan pengguna dalam ekonomi atas permintaan. Blok membolehkan pengguna, firma, dan pekerja mendapat manfaat daripada teknologi blockchain.
Sejumlah 360,000,000 token akan dijana. Daripada token yang dicetak, 65% akan dijual semasa acara penjanaan token permulaan. Selanjutnya, 85% bekalan token akan digunakan untuk meneruskan misi Blok melalui pembangunan platform, pemasaran, dan perbelanjaan operasi. Pecahan yang tepat adalah seperti berikut:
- 4% untuk program ganjaran (bounty), program rujukan, acara komuniti dan perkongsian rakan.
- 13% kepada pasukan, penasihat dan penyumbang awal. Semua token yang diberikan kepada pasukan dan penasihat akan menjadi hak pemunyaan dalam tempoh 24 bulan selepas 3 bulan cliff.
- 18% untuk rizab simpanan
- 65% untuk ICO
- Token yang tidak terjual semasa ICO akan dibakar (dimusnahkan)
Token BLK memudahkan cara bayaran kepada pekerja di atas permintaan untuk gig yang telah dilaksanakan. Token yang dihasilkan di blok Ethereum akan membayar untuk gig yang telah diselesaikan, contohnya seperti ridesharing, penghantaran barangan runcit, penyalinan resit, menjawab panggilan talian bantuan atau aktiviti yang lebih rumit, seperti perekaan grafik, pemberian nasihat kewangan, atau menjawab soalan perubatan.
Manfaat penggunaan token BLK berbanding dengan matawang fiat dan matawang kripto yang lain termasuk, lokaliti, kaedah-pembayaran-bebas, dan kebebasan khusus blokchain.
Sila tunggu maklumat lanjut mengenai program ganjaran (bounty) Blok. Kami akan mengadakan ganjaran bounty untuk terjemahan, sila tempah bahasa anda di bawah! Untuk terus mengikuti kemas kini terbaru (updates) untuk butir-butir lanjut program ganjaran bounty, sila sertai saluran Telegram kami.